Falsafah Sekolah

Khamis, 5 September 2013

Pertandingan Lagu Patriotik Sempena Bulan Kemerdekaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 
Persembahan kelas 4 Gemilang
Bertempat di dataran kejat pagi tadi, satu pengisian program bulan kemerdekaan telah diadakan iaitu Pertandingan Lagu Patriotik antara kelas bagi pelajar Tahun 4 dan 5.
 
Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti yang diadakan bagi meraikan bulan kemerdekaan  dan setiap kelas diwajibkan menghantar peserta dengan menyayikan dua buah lagu patriotik.
 
Penilaian dibuat berdasarkan kerjasama antara ahli kumpulan, gaya,  pemilihan lagu dan persembahan yang dibuat.
 
Pemenang akan diumumkan semasa majlis penutupan bulan kemerdekaan nanti.

Penonton diserikan dengan gelagat pengacara iaitu Cikgu Aziz

Para juri terpilih, Cikgu Halini, Cikgu Norhafisah dan Cikgu Nazrul
 
Cikgu  Aziz, pertama kali dilihat menjadi MC



Kelas 4G dibarisi hamper semua pelajar di kelasnya dengan pelbagai variasi



 
Kelas 5T dengan gaya simple dan bersahaja.

Kelas 4T membawa bendera sebagai simbol kemrdekaan dan kedaualatan negara

Paling menarik, kelas 5G dengan pelbagai gaya ditonjolkan bagi memikat hati juri.



 


Walaupun, acara dijalankan secara ringkas, tetapi pengertiannya cukup bererti bagi sesiapa yang pandai menghargai apa itu "kemerdekaan".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan