Falsafah Sekolah

Memaparkan catatan dengan label Bina Insan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bina Insan. Papar semua catatan

Ahad, 6 Julai 2014

Program Ihya Ramadhan SK Felda Purun 2014

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia tahun ini, Unit Bina Insan dan Surau sedang dan akan melaksanakan berapa program yang akan dijalankan sepanjang bulan ini. Antara program yang akan dijalankan adalah Tadarus Al-Qur'an yang melibatkan semua guru dan murid-murid tahap 2. Murid-murid dibahagian kepada beberapa kumpulan kecil dan akan pimpin oleh guru-guru yang tidak terlibat dengan PdP pada waktu pelaksanaannya iaitu waktu rehat tahap 2 antara jam 10.45 pagi hingga 11.15 pagi. Program ini diharap dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk membaiki mutu bacaan Al-Qur'an masing-masing.






 

Jumaat, 4 Julai 2014

Bacaan Yassin sempena menyambut Ramadhan

Assalam...

Pada Jumaat menjelang sebelum bulan Ramadhan tiba, pihak sekolah menjayakan satu program pendidikan kerohanian yang melibatkan semua guru dan murid.

Majlis bacaan Yassin beramai-ramai ini dilangsungkan di dataran kejat dan bacaan diketuai oleh Ustaz Bakhtiar.

Semoga program sebegini mendapat rahmat Allah SWT dan diharapkan dapat mendidik murid-murid mencintai Ramadhan dan berpuasa selama sebulan.

Seperti kebiasaan, sepanjang bulan ramadhan, pihak sekolah akan mengadakan beberapa program kerohanian seperti tadarus Al Quran , takzrirah, Yassin dan sebagainya.












Jumaat, 21 Mac 2014

Ceramah Bahaya Dadah oleh AADK Bera

Assalam dan salam sejahtera...

Pagi ini 21 Mac 2014, SK Purun menjemput pegawai dari AADK Cawangan
Bera untuk menyampaikan satu sesi ceramah berkaitan dadah.

Sebelum ceramah bermula, pihak sekolah turut mengadakan pertandingan mewarna dan melukis poster.

Hari antidadah pada hari ini diadakan bagi tujuan mendidik pelajar mengenal jenis-jenis dadah dan bahaya penyalahgunaannya.

Ceramah bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. 

Terima kasih diucapkan kepada pegawai AADK yang memberi ceramah dan diharapkan tahun-tahun akan datang, pendidikan mengenai dadah terus dilaksanakan di sekolah ini.








Sekian...

Selasa, 4 Mac 2014

Penganjuran yang cemerlang




Bermula tahun lepas, mana-mana sekolah yang menjadi tuan rumah bagi pertandingan Tilawah Al-Quran, Festival nasyid, Hafazan dan bercerita (MTQ) Zon Bera, semua jawatankuasa diuruskan oleh tuan rumah.
Assalam dan salam sejahtera.



Tahun ini SK Purun menjadi tuan rumah, dan penganjuran kali ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah teknikal ataupun sebagainya.

Bermula jam lebih kurang 9.00 pagi acara bermula dan tamat majlis penutupan lebih kurang jam 2.00 petang. 

Kali ini peserta SK Purun menunjukkan peningkatan membanggakan apabila beberapa pertandingan merangkul hadiah utama, antaranya johan Tilawah lelaki, johan bercerita perempuan dan naib johan bercerita lelaki.

Tahniah diucapkan kepada peserta yang mengambil bahagian dan buat jawatankuasa yang menunjukkan komitmen yang tinggi, ucapan terima kasih pihak sekolah berikan. Semoga usaha dan keikhlasan kita menjayakan majlis ini mendapat keberkatan Allah SWT hendaknya.

Di bawah senario beberapa acara dan lenser sepanjang majlis berlangsung.











































































Johan tilawah lelaki











Naib johan bercerita lelaki




Johan bercerita perempuan








 Sekian...