Falsafah Sekolah

Isnin, 26 Mei 2014

Perkhemahan Unit Beruniform 2014

Assalam dan salam sejahtera....

Bermula Jumaat 23 Mei dan berakhir Sabtu petang , Pihak sekolah telah menganjurkan aktiviti yang wajib dijalankan saban tahun iaitu Perkhemahan Unit Beruniform yang melibatkan pelajar Tahap 2 dan melibatkan semua warga sekolah.

Pelbagai aktiviti dijalankan semasa perkhemahan antaranya ialah :
1. Pertandingan masakan
2. Kembara malam
3. Lari berhalangan
4. Ikhtiar hidup
5. Ikatan dan simpulan
6. Eksplore race
7. Keusahawan
8. Malam kebudayaan.

Selama dua hari satu malam, berkampung di sekolah, program sebegini memberikan banyak manfaat kepada peserta terutama aspek jati diri, menerapkan disiplin yang tinggi dalam diri sendiri , menanamkam sifat berdikari dan memberikan keyakinan diri mengatasi halangan dan tekanan.

Syukur kehadrat Allah SWT kerana sepanjang program berjalan, tiada musibah berlaku dan segalanya mengikut jadual yang dirancang.