Falsafah Sekolah

Selasa, 21 Januari 2014

Sambutan Maulidur Rasul 2014

Assalam dan salam sejahtera....

Pagi tadi 21/1/2014 berlangsungnya Majlis Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Felda Purun, yang mana sekolah ini turut mengambil bahagian di samping organisasi lain di Felda ini.

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Felda Purun dengan kerjasama organisasi yang ada di sini.

Sebelum-sebelum ini sambutan dijalankan hanya melibatkan perarakan pelajar SK dan SM Purun sahaja, tetapi kali ini semua unit yang ada di Felda Purun turut mengambil bahagian, sekaligus mencatat lembaran sejarah baharu di sini.

Selain daripada perarakan, beberapa pertandingan turut diadakan seperti perbarisan terbaik, sepanduk terbaik dan di akhirnya diumumkan tokoh anugerah Maulidur Rasul di setiap organisasi.

Tahniah kepada semua pelajar dan warga Purun dengan majlis sebegini kerana diharapkan dapat  menanamkan semangat kecintaan kepada Nabi kita Muhammad SAW.

Di bawah ini antara foto-foto yang sempat dinaikturun sebagai koleksi ...
Bersedia untuk berarak

Sepanduk yang mewakili sekolah

Guru-guru dan pekerja sekolah perempuan menunggu untuk berarak




Pengurus Felda Purun sebagai tunjang utama majlis ini

Pelajar sekolah menengah dengan sepanduk buatan sendiri









Berarak sambil berselawat

Staf dari Klinik Kesihatan Purun





Anak-anak Prasekolah turut mengambil bahagian.

Blogger sekolah tersenyum dalam keletihan

Sudah sampai ke penghujung perarakan...kembali semula ke sekolah sebelum acara penutupan di Masjid.



Antara tetamu VIP

Pelajar dari kedua-dua buah sekolah serta masyarakat Felda berhimpun di dalam masjid.


Jurufoto tersenyum apabila gamabarnya dirakam oleh orang lain.

Selingan acara penutupan , Bacaan Al Quran dari pelajar SM Purun

Juga persembahan Nasyid daripada pelajar SAR


Pengacara majlis mengunakan dwi bahasa ( Melayu dan arab)

Hadiah pemenang disampaikan


Wakil YB Dato' Norol Azali iaitu pengurus Felda Mayam ( En. Mahadi) merasmikan program

Acara makan tengah hari sebagai kemuncak acara...

Pengetua SM Purun, YDP PIBG , GPK HEM SK Purun dan Ustaz Shahruddin tidak ketinggalan bergambar bersama.


Syukur Alhamdulillah, program yang diatur menepati sasaran cuma penglibatan masyarakat peneroka dan belia agak kurang sambutan, hanya orang tertentu sahaja yang bersungguh-sungguh menghayati program sebegini.

Di bawah antara sepanduk yang dipertandingkan pada kali ini :

Sepanduk yang dinobatkan sebagai pemenang.


Tempat keempat

Rumah hijau mendapat tempat kedua

Tempat kelima

Sepanduk yang menjadi juara antara kategori sekolah rendah.

Sekian....