Falsafah Sekolah

Isnin, 18 November 2013

Penutup Program sekolah- jamuan akhir tahun KGKT

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selesai majlis Hari Anugerah Kecemerlangan pada Khamisnya, sebelah malam hari Jumaatnya pula diadakan Jamuan Akhir Tahun KGKT .

Jamuan ini dibuat secara besar-besaran dengan jemputannya bukan sahaja ahli kelab guru dan kakitangan sekolah, malah jemputan luar yang melibatkan komuniti setempat turut diundang bersama keluarga.

Tujuan jamuan ini diadakan adalah untuk menghargai jasa semua guru, staf dan pekerja. Juga sebagai satu bentuk penghargaan kepada komuniti yang memberikan khidmat bakti sempena Pertandingan BOSS cemerlang baru-baru ini dan juga aktiviti sekolah yang telah dijalankan.

Beberapa hamper turut disumbangkan oleh pihak sekolah kepada semua yang hadir. Juga beberapa anugerah khas GB juga turut diserikan dengan menganugerahkan kepada beberapa orang guru dan staf.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, kemudian diikuti solat hajat, bacaan Yasin serta tahlil dan disudahi dengan solat Isyak secara berjemaah.

Di bawah beberapa gambar senario pada malam itu telah dimuat naik .

Ustaz Bakhtiar mengepalai majlis di suarau pada malam itu.
Dewan SKP penuh dengan hadirin yang hadir.
Hamper disediakan pihak penganjur
Giliran Cikgu Siti Adni sebagai pengacara majlis.
tetamu VIP berada di saff hadapan.
Tetamu yang hadir sabar menunggu majlis bermula

Antara menu yang disediakan pada malam itu.
Atas tiket pengerusi kelab, Cikgu Ruslan memberikan ucapan

Diikuti oleh GB berucap sebagai orang penting dalam majlis tersebut
Petugas di belakang tabir bersedia untuk acara seterusnya.









Seterusnya majlis ditutup dengan penyampaian  hamper kepada pemenang anugerah khas dan kepada sesiapa yang hadir pada majlis itu.













































Maka dengan selesai penyampaian hamper kepada tetamu yang hadir, semua tetamu pulang dengan perasaan ceria.