Falsafah Sekolah

Khamis, 29 Ogos 2013

Pertandingan Deklamasi Sajak Sempena Bulan Kemerdekaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
 
Pengacara majlis..Cik Rusleza
Bertempat di dataran kejat, bermula jam 7.30 pagi, satu pertandingan deklamasi sajak diadakan buat pelajar tahun 4 & 5 sempena aktiviti Bulan Kemerdekaan pada tahun ini.
 
Seramai 16 orang peserta mengambil bahagian dan ada di antaranya menunjukkan bakat terpendam.
 
Tujuan aktiviti seumpama ini selain daripada pengisian bulan merdeka, pihak sekolah juga dapat  mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar selain menanamkan nilai berani dan jati diri.
 
Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Program Sambutan Bulan Kemerdekaan yang mengadakan program sebegini saban tahun.
 







Hakim pertandingan En. Hasri dan Puan Sariah









Penghujung acara, nyanyian lagu patriotic berkumandang di samping kibaran bendera kecil di tangan murid.

 
Sekian
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan