Falsafah Sekolah

Memaparkan catatan dengan label ICT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ICT. Papar semua catatan

Isnin, 26 Mei 2014

Khidmat bantu PSS dan ICT

Assalam dan salam sejahtera....

Pada 9 Mei lalu Pihak  Pusat Kegiatan Guru  ( PKG) Bera telah mengadakan satu program khidmat bantu untuk Pusat Sumber dan ICT di sini.

Untuk PSS, selain pegawai PKG sendiri, turut dijemput ialah guru-guru media dari sekolah berhampiran, manakala untuk khidmat ICT, Juruteknik komputer di daerah Bera diarahkan untuk menjalankan tugas di sini.

Alhamdulillah, selama 2 hari di sini, berberapa kerja dapat disiapkan dan ini amat melegakan pihak sekolah kerana bantuan yang diberikan amat berharga.

Terima kasih kepada pegawai PKG Bera yang sudi memberikan khidmat bantu di sekolah ini serta kepada semua yang terlibat memberikan sumbangan tenaga, jutaan terima kasih diucapkan.




























Jumaat, 6 September 2013

Komputer baru di makmal

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Setelah unit ICT sekolah membuat perlupusan peralatan makmal, syukur Alhamdulillah, pihak sekolah mendapat penggantian semula.

Peralatan yang diterima merupakan satu teknologi baru yang jauh berbeza dengan projek perkomputeran sebelum ini.

Syarikat Bitara Induk Sdn Bhd diberi kontrak bagi membekalkan peralatan komputer di sekolah-sekolah terpilih.

Kali ini teknologi yang digunakan adalah Virtual Desktop Infrastructure (VDI)  Thin Client. Kaedah ini tidak menggunakan CPU di setiap unit komputer tetapi digantikan dengan satu server sahaja yang berkuasa tinggi.

Hanya monitor, keyboard, headphone sahaja ditempatkan untuk client dan capaian dihubungkan dengan server melalui kaedah networking.

Kaedah ini ada kelebihan dan kelemahan tertentu.
Antara kelebihannya ialah, satu makmal boleh dikendalikan oleh server sahaja dan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan pemasangan perisian hanya melalui server.
Kelemahannya pula, jika server rosak atau ada masalah, semua komputer client tidak boleh digunakan. Selain daripada masalah client tidak dapat mengakses rangkaian dari server itu sendiri.

Walaubagaimanapun, tidak kiralah apa jua teknologi disediakan, pihak sekolah amat bersyukur kerana sekurang-kurangnya aktiviti di makmal komputer dapat dijalankan tanpa sebarang masalah peralatan .

Ada dua modem dibekalkan...yang lama adalah School Broadband
yang kelajuannya 2 mbps.
Terbaru dipasang pula Yes yang hanya 1 mbps.
Lebih mengecewakankan lagi, School Broadband akan
ditamatkan penggunaannya setelah pemasangan yang baru..
Sedangkan yang lama lebih laju daripada yang baru.

Namun amat-amat mengecewakan, kemudahan internet yang dikendalikan oleh syarikat YTL (yes), hanya membekalkan talian berkelajuan 1 mbps sahaja. Setakat 5-10 buah komputer mengakses internet, tiada masalah, tetapi jika kesemua komputer client mengakses internet terjadilah satu keadaan yang amat-amat membosankan kerana terpaksa mengambil masa lama  untuk melayari web tertentu disebabkan kelajuan yang rendah.

Sedangkan di Bandar-Bandar, boleh pula disediakan menara pemancar yang kelajuannya boleh mencecah 17 mbps, mengapa di kawasan pinggir Bandar hanya talian ADSL sahaja digunakan. Adakah ini adil namanya ????.

Kelas pertama yang menggunakan makmal setelah peralatan baru dipasang iaitu 4T.

Masalah yang biasa timbul,  client tidak dapat dihubungkan dengan server disebabkan perselisihan IP

Murid-murid cukup berminat kalau bermain dengan komputer





Server yang dilengkai dengan switch dan UPSR berkuasa tinggi.

Printer laser juga dibekalkan tetapi hanya dalam rangkaian sahaja.

Walaubagaimana canggih sekalipun, Admin tetap menggunakan komputer lama tetapi berkuasa tinggi
 dan dilengkapi dengan kad grafik untuk kerja-kerja berkaitan
terutama apabila ditugaskan menghasilkan banner ataupun banting.
Tambahan pula di tempat kerja admin, kemudahan printer dan scanner juga disediakan.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan apakah itu VDI....sila rujuk link berikut :

Bitara link


Sekian...