Falsafah Sekolah

Memaparkan catatan dengan label Pendidikan Khas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendidikan Khas. Papar semua catatan

Selasa, 13 Mei 2014

Lawatan Sambil Belajar Program Pendidikan Khas ke Taman Rusa dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera....


Pada 6 Mei 2014, Program Pendidikan Khas (Integrasi) SK (F) Purun telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Taman Rusa dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang Pahang.


Lawatan ini disertai oleh 3 orang guru, seorang Pembantu Pengurusan Murid dan 7 orang murid. Tujuan lawatan adalah untuk memberi peluang kepada murid untuk menjalani sesi PdP melalui proses pengalamian. Program ini juga dijalankan untuk menjayakan lagi sesi PdP komponen Bahasa Inggeris di bawah tajuk " Recognise Animals" dan  komponen Kemahiran Manipulatif  "Membezakan bunyi Haiwan".

Guru dan murid-murid sempat bergambar di pintu masuk Taman Rusa


Pelawat diberikan peluang untuk memberi makanan yang disediakan kepada rusa
Rusa-rusa di sini sangat jinak dan boleh dipegang
 Selain rusa, terdapat juga haiwan-haiwan lain di Taman Rusa seperti ular sawa, kucing hutan, landak, burung merak," racoon" dan sebagainya.



Murid-murid teruja dapat memegang ular sawa albino yang dipamerkan

Murid- murid  dan guru mengambil kesempatan bergambar dengan ular sawa albino yang beratnya kira-kira 20kg
Landak juga ada dipamerkan dan boleh dipegang



Sebaik sahaja tamat lawatan di Taman Rusa, kami bergerak ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan untguk menyaksikan haiwan ini secara lebih dekat lagi

Setiap Pelawat yang datang ke pusat konservasi gajah ini dikehendaki memakai pelekat yang disediakan



Guru-guru pengiring yang menyertai lawatan

Berehat dan makan tengahari sebelum meneruskan aktiviti


Tidak melepaskan peluang bergambar dengan gajah


Aktiviti memberikan makanan kepada gajah


Khamis, 24 April 2014

TERAPI CARA KERJA DAN SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PEND.KHAS

Salam sejahtera...
BERGAMBAR KENANG-KENANGAN SEBELUM PULANG

Pada 22 April 2014 yang lalu, Program Pendidikan Khas (Integrasi) SK (F) Purun telah mengadakan Terapi Cara Kerja bertempat di Klinik Kesihatan Triang. Program tersebut memberi peluang kepada murid Pendidikan Khas untuk menjalani sesi terapi di bawah 
bimbingan pakar.




WAH...BERSEMANGAT IBRAHIM MENJALANI TERAPI DENGAN BIMBINGAN CIKGU IRDAYANI!




MURID-MURID BERPELUANG MENGGUNAKAN PERALATAN TERAPI YANG TIDAK TERDAPAT DIDALAM BILIK DARJAH



MURID DAN GURU MENDENGAR PENERANGAN DARIPADA PEGAWAI YANG TERLIBAT, MR. CHUA
Selepas tamat aktiviti terapi, murid dibawa ke Restoran Mc Donalds Triang untuk aktiviti sambutan hari lahir murid dari bulan Januari hingga April. 












Guru-guru yang riang menyambut hari lahir murid

wauu sedapnye kek...Terima kasih kepada Ibu Akmal Arieff, Pn. Siti kerana menaja kek untuk sambutan hari lahir pada kali ini

Pn. Siti juga mengambil peluang untuk bergambar bersama anak kesayangan beliau,Akmal Arief.

Peace!!! Seronoknya....





Rabu, 2 April 2014

Terapi Pend.Khas ke Star Mall dan KTM.

Assalam dan salam sejahtera...


Pada 18 hb Mac lalu, pelajar di Pendidikan Khas telah merasa pengalaman baharu merasakan pengalaman bermain bowling di Star Mall dan menaiki keretapi di Mentakab ke Triang.


Sungguh gembira melihat muka anak-anak Pendidikan Khas yang begitu teruja apabila guru-guru PK dan PPM membawa mereka ke situ.

Tahniah diucapkan kepada guru-guru PK serta PPM PK dan juga pemandu Van dari SMK Seri Bera yang menganjurkan aktiviti terapi sebegitu.
















































Sekian...