Falsafah Sekolah

Jumaat, 9 Julai 2010

Family Day 2010

Salam....

Hari esok SK Purun akan mengadakan Program Hari Keluarga di De Rhu Beach Resort. Status terkini bilangan ahli kelab yang pergi seramai 16 orang sahaja.

Walaupun jumlah yang pergi tidak mencapai sasaran, namun kehangatan dan semangat ahli yang akan menyertai program ini tetap membara dan patut dipuji.
Sekian....

Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SK Purun.

Isnin, 5 Julai 2010

Gerak Gempur Murid Tahun 6

Salam....

Bermula pada hari ini dan esok, semua murid Tahun 6 akan menjalani Program Gerak Gempur UPSR.
Program ini bertujuan mendedahkan pelajar mengenai soalan-soalan UPSR yang diambil dari negeri-negeri lain.

Jumaat, 2 Julai 2010

Visi dan Misi sekolah

Visi Sekolah
Menjadikan sekolah ini sebagai sekolah yang cemerlang dan berkualiti dalam semua bidang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara serta dikagumi di Negeri Pahang.

Misi Sekolah
1. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif

2. Membentuk pelajar yang berwawasan dan bersemangat tinggi

3. Mewujudkan iklim sekolah dan bilik darjah yang kondusif

4. Kecemerlangan pelajar dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.