Falsafah Sekolah

Jumaat, 6 September 2013

Komputer baru di makmal

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Setelah unit ICT sekolah membuat perlupusan peralatan makmal, syukur Alhamdulillah, pihak sekolah mendapat penggantian semula.

Peralatan yang diterima merupakan satu teknologi baru yang jauh berbeza dengan projek perkomputeran sebelum ini.

Syarikat Bitara Induk Sdn Bhd diberi kontrak bagi membekalkan peralatan komputer di sekolah-sekolah terpilih.

Kali ini teknologi yang digunakan adalah Virtual Desktop Infrastructure (VDI)  Thin Client. Kaedah ini tidak menggunakan CPU di setiap unit komputer tetapi digantikan dengan satu server sahaja yang berkuasa tinggi.

Hanya monitor, keyboard, headphone sahaja ditempatkan untuk client dan capaian dihubungkan dengan server melalui kaedah networking.

Kaedah ini ada kelebihan dan kelemahan tertentu.
Antara kelebihannya ialah, satu makmal boleh dikendalikan oleh server sahaja dan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan pemasangan perisian hanya melalui server.
Kelemahannya pula, jika server rosak atau ada masalah, semua komputer client tidak boleh digunakan. Selain daripada masalah client tidak dapat mengakses rangkaian dari server itu sendiri.

Walaubagaimanapun, tidak kiralah apa jua teknologi disediakan, pihak sekolah amat bersyukur kerana sekurang-kurangnya aktiviti di makmal komputer dapat dijalankan tanpa sebarang masalah peralatan .

Ada dua modem dibekalkan...yang lama adalah School Broadband
yang kelajuannya 2 mbps.
Terbaru dipasang pula Yes yang hanya 1 mbps.
Lebih mengecewakankan lagi, School Broadband akan
ditamatkan penggunaannya setelah pemasangan yang baru..
Sedangkan yang lama lebih laju daripada yang baru.

Namun amat-amat mengecewakan, kemudahan internet yang dikendalikan oleh syarikat YTL (yes), hanya membekalkan talian berkelajuan 1 mbps sahaja. Setakat 5-10 buah komputer mengakses internet, tiada masalah, tetapi jika kesemua komputer client mengakses internet terjadilah satu keadaan yang amat-amat membosankan kerana terpaksa mengambil masa lama  untuk melayari web tertentu disebabkan kelajuan yang rendah.

Sedangkan di Bandar-Bandar, boleh pula disediakan menara pemancar yang kelajuannya boleh mencecah 17 mbps, mengapa di kawasan pinggir Bandar hanya talian ADSL sahaja digunakan. Adakah ini adil namanya ????.

Kelas pertama yang menggunakan makmal setelah peralatan baru dipasang iaitu 4T.

Masalah yang biasa timbul,  client tidak dapat dihubungkan dengan server disebabkan perselisihan IP

Murid-murid cukup berminat kalau bermain dengan komputer





Server yang dilengkai dengan switch dan UPSR berkuasa tinggi.

Printer laser juga dibekalkan tetapi hanya dalam rangkaian sahaja.

Walaubagaimana canggih sekalipun, Admin tetap menggunakan komputer lama tetapi berkuasa tinggi
 dan dilengkapi dengan kad grafik untuk kerja-kerja berkaitan
terutama apabila ditugaskan menghasilkan banner ataupun banting.
Tambahan pula di tempat kerja admin, kemudahan printer dan scanner juga disediakan.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan apakah itu VDI....sila rujuk link berikut :

Bitara link


Sekian...

3 ulasan:

  1. Ok la tu cikgu..guna asdl...agak laju juga...kami disekolah luar bandar menggunakan VSAT...capaian amatlah perlahan...speedtest dapat 1.5 mbps...bila layari website, hampeh...aptah lagi nak guna dalam pdp....emmm....

    BalasPadam
  2. dulupun sekolah ni guna vsat. Sebelah malam je line ok...kalau waktu kemuncak...memang hampeh

    BalasPadam
  3. cikgu puas hati kah dgn peralatan vdi ini?

    BalasPadam