Falsafah Sekolah

Jumaat, 28 Februari 2014

Kem Bestari Solat dan Kem Ibadat kali pertama sesi 2014

Assalam dan salam sejahtera..

Pada Sabtu 22 Feb lalu, Unit Pendidikan Islam dengan kerjasama semua warga sekolah telah mengadakan kem ini yang disertai oleh semua murid.

Penganjuran kem ini diwajibkan setiap sekolah 4 kali setahun. Peruntukan daripada kerajaan disediakan. 

Pada penganjuran kali pertama ini, semua guru terlibat serta sebagai AJK dan fasilitator.

Tahniah kepada Unit Pendidikan Islam dan jutaan terima kasih kepada semua guru, staff dan pekerja sekolah yang terlibat. 

Semoga jasa dan pengorbanan pada hari cuti sekolah itu dapat balasan yang baik daripada Allah SWT.

Hendak-hendaknya setiap murid yang menghadiri kem tersebut dapat melaksanakan solat setiap masa dengan sempurna.





























Kem ini berakhir pada jam 2.30 petang.


Sekian...


Selasa, 18 Februari 2014

Kenduri Kesyukuran & Aqiqah serta meraikan pertukaran guru.

Assalam dan salam sejahtera..

Sabtu, 15 Feb lepas, bermula seawal jam 4.00 petang Jumaatnya, warga SK Purun bertungkus lumus menjayakan kenduri kesyukuran sempena Kemenangan BOSS Cemerlang 2013.

Di samping itu juga, lembu yang disembelih turut dijadikan aqiqah kepada guru-guru yang menyertai. 

Pada sebelah pagi sabtunya di dalam dewan diadakan pula majlis perpisahan beberapa orang guru yang akan bertukar iaitu Cikgu Rafidah yang  bertukar ke SK Tanjong Gemuk Rompin, Cikgu Sariah pula bertukar ke SK Kerdau di Temerloh dan Cikgu Hanom dilantik menjadi pegawai Linus Bahasa Inggeris di PPD Bera.

Walaupun program yang diadakan bersifat sederhana, tetapi kemeriahan dan kesepakata antara warga SK Purun jelas terbukti.

Bagi yang sudah bertukar, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti di sekolah ini.

Di bawah beberapa foto dimuat naik sebagai kenang-kenangan.




































Sekian...