Falsafah Sekolah

Memaparkan catatan dengan label UPSR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UPSR. Papar semua catatan

Rabu, 2 April 2014

Program semasa cuti pertengahan penggal 1 .

Assalam, dan salam sejahtera...
Bermula pada Sabtu hari pertama cuti pertengahan penggal pertama, pihak sekolah telah mengadakan kecemerlangan UPSR dengan mengadakan bengkel bagi Subjek BM, kemudian Sains pada hari Ahad  dan BI pada hari Isnin.

Pada hari selasa pula diadakan ceramah motivasi kepada semua murid Tahun 5&6 serta penjaga. Ceramah tersebut disampaikan oleh Tn. Hj. Shaharuddin bin Abd Mubin iaitu abang kepada blogger sekolah.

Diharapkan pelajar Tahun 6 yang mengikuti bengkel UPSR serta mendengar kata-kata azimat daripada penceramah dapat memanfaatkan segala usaha untuk menuju kejayaan.
















































Sekian,...

Rabu, 12 Mac 2014

Kursus Motivasi Dan Pend. Alam Sekitar untuk Pelajar Tahun 6 & Pengawas sekolah di RAMSAR Tasek Bera

Assalam dan salam sejahtera...

Sabtu 8 hb 3 baru-baru ini, pihak sekolah telah menghantar pelajar Tahun 6 serta pengawas sekolah mengikuti kem motivasi dan pendidikan  alam sekitar di Ramsar Tasek Bera.

Bertolak pukul 7.00 pagi dari sekolah dan sampai semula jam 5.00, kem ini dikendalikan oleh anggota Ramsar itu sendiri.

Dalam sejarah, inilah kali pertama sekolah menghantar pelajar ke situ dan harapan di lain tahun, pelajar lain boleh turut sama menjejaki apa yang dialami oleh pelajar Tahun 6 sekarang.