Falsafah Sekolah

Memaparkan catatan dengan label BOSS Cemerlang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BOSS Cemerlang. Papar semua catatan

Selasa, 18 Februari 2014

Kenduri Kesyukuran & Aqiqah serta meraikan pertukaran guru.

Assalam dan salam sejahtera..

Sabtu, 15 Feb lepas, bermula seawal jam 4.00 petang Jumaatnya, warga SK Purun bertungkus lumus menjayakan kenduri kesyukuran sempena Kemenangan BOSS Cemerlang 2013.

Di samping itu juga, lembu yang disembelih turut dijadikan aqiqah kepada guru-guru yang menyertai. 

Pada sebelah pagi sabtunya di dalam dewan diadakan pula majlis perpisahan beberapa orang guru yang akan bertukar iaitu Cikgu Rafidah yang  bertukar ke SK Tanjong Gemuk Rompin, Cikgu Sariah pula bertukar ke SK Kerdau di Temerloh dan Cikgu Hanom dilantik menjadi pegawai Linus Bahasa Inggeris di PPD Bera.

Walaupun program yang diadakan bersifat sederhana, tetapi kemeriahan dan kesepakata antara warga SK Purun jelas terbukti.

Bagi yang sudah bertukar, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti di sekolah ini.

Di bawah beberapa foto dimuat naik sebagai kenang-kenangan.




































Sekian...

Khamis, 13 Februari 2014

Lawatan ke Langkawi Sempena Johan Pertandingan BOSS CEMERLANG 2013

Assalam dan salam sejahtera..

Pada Jumaat 7 Feb - 9 Feb 2014 lalu, program rombongan ke Pulau Langkawi diadakan sebagai hadiah kepada warga sekolah dan pihak lain yang terlibat dalam kecemerlangan BOSS pada tahun lepas.

Bertolak jam 5 petang dan kembali semula ke Felda Purun paja jam 4.15 pagi Isnin yang lalu.

Walaupun tidak semua warga sekolah yang hadir ke rombongan tersebut, namun apa yang dirancangkan itu merupakan satu sejarah tersendiri untuk SK Purun.



Bersedia bertolak ke Langkawi pada  petang Jumaat .


Jeti Kuala Perlis, menaiki feri

Dalam feri

Jeti Langkawi di Pekan Kuah


Berada di dalam bot melawat sekitar KLIM GEOPARK
Lokasi hadapan Gua Puyuh


Kawasan sangkar penternakan ikan .





Kebetulan En. Haris, bekas juruteknik komputer SK Purun turut menyambut ahli rombongan.

Menaiki kereta kabel






Tahniah sekali lagi kepada yang terlibat dalam rombongan tersebut dan pihak sekolah amat berterima kasih kepada pihak yang memberi sumbangan sehingga berjaya membawa warga sekolah dan pihak lain ke Langkawi..

Sekian...