Falsafah Sekolah

Memaparkan catatan dengan label Kafeteria Terbaik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kafeteria Terbaik. Papar semua catatan

Selasa, 20 Mei 2014

Penilaian pertandingan kantin ceria peringkat daerah Bera

Pada 15 Mei yang lepas, SK Felda Purun telah didatangi oleh 2 orang pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Bera.

Tujuan mereka adalah untuk menilai tahap Kebersihan dan Keceriaan Kafeteria SK Felda Purun yang telah tersenarai antara kantin yang bersih dan ceria di daerah ini. Seperti tahun lepas, Kafeteria SK Felda Purun menyertai pertandingan kali ini untuk mencapai sasaran Johan Katin Terbaik di daerah ini.

Diharapkan Kafeteria SK Felda Purun ini akan mendapat tempat pertama di daerah ini untuk kategori Kantin Bersih 2014. berikut adalah antara koleksi gambar sepanjang pemantauan itu berlangsung.






























Selasa, 29 April 2014

Isnin, 21 April 2014

Menu-Menu Pilihan Kafeteria SK Felda Purun

Terdapat pelbagai menu sihat yang terdapat di Kafeteria SK Felda Purun yang begitu enak dinikmati. Kepelbagaian menu ini menjadikan Kafeteria ini sentiasa mendapat perhatian dan tumpuan oleh warga SK Felda Purun dikalangan guru-guru, kakitangan sokongan dan juga murid-murid yang berjumlah hampir 352 orang.

Jika anda ingin menikmati masakan panas, Kafeteria ini juga boleh menyediakan menu yang anda minta mengikut selera anda. Tunggu apa lagi. Marilah beramai-ramai memenuhi Kafeteria ini pada waktu lapang anda dari jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang.
Berikut adalah menu pilihan yang terdapat di Kafeteria ini....
Nasi Putih Kari Ayam dengan harga RM 1.50
Nasi Putih Ayam Rendang dengan harga RM 1.50

                                          Nasi Lemak Telur Mata dengan harga RM 1.00
Nasi Putih Ayam Masak Merah dengan harga RM 1.50

Selamat menjamu selera. Jika sedap beritahu rakan anda, jika tidak beritahu kami.

Isnin, 14 April 2014

Persediaan pertandingan Kantin terbaik Daerah Bera 2014

Assalam dan salam sejahtera..


SK Purun tidak ketinggalan memasuki pertandingan Kantin Terbaik peringkat daerah dan jika ada rezeki, boleh ke peringkat lebih tinggi.


Buat masa ini beberapa tugasan telah diaturkan buat guru-guru menyediakan keperluan yang perlu untuk dibuat penambahbaikan daripada segi keceriaan kantin.

Diharapkan agar semua guru dan staff dapat memberikan kerjasama yang erat untuk merealisasikan impian menjadi johan pada tahun ini.

Sekian...

Banner yang dibuat untuk bahagian belakang dinding kantin

Banting piramid makanan bertujuan mendidik murid mengenai kaedah pengambilan makananan yang betul