Falsafah Sekolah

Jumaat, 30 Ogos 2013

Kemuncak Majlis Mesra Aidilfitri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
 
Kemuncak majlis hari ini adalah acara jamuan yang disediakan oleh guru-guru dan sebahagian kuih raya sumbangan pelajar.
 
Pelbagai menu disediakan antaranya sate, mi hun, nasi himpit, roti jala, nasi minyak dan berbagai-bagai lagi yang pastinya mengenyangkan perut.


Edisi mengacau mi hun oleh En. Aziz

Merapatkan tali silaratulrahim sesama warga SK Purun

Pembantu-pembantu yang bertugas dengan ikhlas

Orang kuat menyediakan menu masakan, Pn. Sariah

DJ bertugas, En. Rizal..

Pelajar berbaris mengambil makanan



Jemputan VIP Hj. Jamaluddin Pengurus Techno Plant , Ketua Kampung, pengerusi belia, serta Abang Jak AJK PIBG

YDP serta isteri dan staf di pejabat Felda

Guru-guru serta ahli belia Felda Purun

Pelajar makan di kantin


Hidangan kuih rayapun disajikan

AJK minuman tak menang tangan melayan client

GB sibuk melayan tetamu

Abg Norinzan, pekerja sekolah yang sibuk

Wakil Generasi Kedua Felda



 
Staf Klinik Kesihatan Purun antara tetamu yang dijemput
 


Pelajar juga makan di atas pentas kerana kekurangan ruang.
Tahun ini, pihak sekolah tidak menjemput penjaga seperti tahun lepas kerana budjet tidak mencukupi. Insyaalah, tahun-tahun hadapan kemungkinan semua warga Felda Purun boleh turut hadir sekiranya peruntukan untuk majlis ini dapat disumbangkan.

Walaupun majlis ini dibua secara tertutup, namum kemeriahan dan suasana hari raya tetap terasa dan semua wajah Nampak ceria.

Sekian...



Majlis Jasamu dikenang sempena Mesra Aidilfitri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
 
Guru yang diraikan
Selepas majlis bacaan Yassin dan Solat Sunat Dhuha, tepat jam 10.15 pagi semua murid berkumpul di dewan untuk satu lagi majlis sampingan iaitu majlis perpisahan Ustazah Norhaslinda Nabihah yang akan bertukar ke SK Seri Biram Pekan.


Hadiah pertukaran di samping hadiah kepada guru-guru yang mendapat cahaya mata baru serta yang baru melangsungkan perkahwinan


Pelajar dikumpulkan di dalam dewan.



Turut hadir YDP PIBG

Bacaan doa oleh Ustaz Bakhtiar

Ucapan GB


Guru yang akan bertukar menyampaikan ucapan terakhir di SK Purun

 
Hadiah kelahiran baru kepada Cikgu Wan Nurul Najihah

Juga kepada En. Rizal

Bacaan Yssin dan Solat Dhuha sempena Mesra Aidilfitri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
 
 
 

Hari ini pihak sekolah mengadakan Majlis Mesra Aidilfitri, dan pada sebelah paginya didahulukan dengan Bacaan Yassin serta Solat Sunat Dhuha di surau sekolah.
 
Majlis ini hanya disertai oleh semua pelajar tahap 2 sahaja, manakala pelajar tahap 1 dikumpulkan di dewan untuk mendengar takzkirah.
 
Selepas ini, pelajar akan dihimpunkan di dewan untuk  majlis ringkas sempena pertukaran Ustazah Nabihah  ke SK Seri Biram, Pekan sebelum jamuan hari raya bermula.

Bacaan Yassin dimulakan dahulu sebelum solat sunat.


Selepas bacaan Yassin, Solat Sunat Dhuha mengambil tempat.

Selesai majlis, selawat dan salam bersalaman sesama Jemaah.



Sekian...

Khamis, 29 Ogos 2013

Pertandingan Deklamasi Sajak Sempena Bulan Kemerdekaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
 
Pengacara majlis..Cik Rusleza
Bertempat di dataran kejat, bermula jam 7.30 pagi, satu pertandingan deklamasi sajak diadakan buat pelajar tahun 4 & 5 sempena aktiviti Bulan Kemerdekaan pada tahun ini.
 
Seramai 16 orang peserta mengambil bahagian dan ada di antaranya menunjukkan bakat terpendam.
 
Tujuan aktiviti seumpama ini selain daripada pengisian bulan merdeka, pihak sekolah juga dapat  mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar selain menanamkan nilai berani dan jati diri.
 
Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Program Sambutan Bulan Kemerdekaan yang mengadakan program sebegini saban tahun.
 







Hakim pertandingan En. Hasri dan Puan Sariah









Penghujung acara, nyanyian lagu patriotic berkumandang di samping kibaran bendera kecil di tangan murid.

 
Sekian