Falsafah Sekolah

Isnin, 2 September 2013

Berakhirnya Program Penutur Jati di SK Purun

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Di  perhimpunan pagi tadi, satu slot khas untuk Miss Clare berucap sempena persaraan beliau sebagai mentor kepada guru-guru Bahasa Inggeris di sekolah ini.

Setelah 3 tahun program ini berjalan, seramai 4 orang tenaga pengajar yang diimport khas dari luar negara pernah berkhidmat di sini antaranya Mr. Patrick dari UK, Mr. David dari Australia, Mr. Fready dari Afrika Selatan dan yang terakhir Miss Clare juga dari UK.
Ucapan ringkas terakhir di sekolah ini
Miss Clare menggunakan khidmat teacher Hanoom untuk penterjemahan supaya apa yang hendak disampaikan difahami oleh murid-murid.

Penyampaian cendera hati sebagai kenang-kenangan.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa dan khidmat beliau di sekolah ini.
Sekian...

Untuk maklumat apa itu Penutur Jati Bahasa Inggeris sila pergi ke link berikut :

Program Penutur Jati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan