Falsafah Sekolah

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan (LKTP)Purun telah dibuka pada tahun 1978 di kawasan seluas 15 ekar. Sekolah ini adalah yang ketiga di dalam Gugusan Bera. Kedudukan sekolah ini ialah 45 kilometer dari bandar Triang dan 68 kilometer dari bandar Temerloh. Hampir 99.9 % pelajar adalah berbangsa Melayu dan dianggarkan 90 % penduduk di sini adalah peneroka kelapa sawit. Selebihnya pekerja Kelinik Kesihatan, Staff Felda, guru dan sebagainya. Sekolah ini mempunyai bekalan elektrik, air, telefon, jalanraya dan kemudahan kesihatan.Sekolah ini terdiri daripada 7 blok termasuk kantin . Antara tahun 1980-1990 bilangan pelajar sekolah ini mencapai angka 800 – 900 orang pelajar. Tahun 2008 pelajar sekolah ini hanya seramai 349 orang sahaja.