Falsafah Sekolah

Jumaat, 21 Mac 2014

Ceramah Bahaya Dadah oleh AADK Bera

Assalam dan salam sejahtera...

Pagi ini 21 Mac 2014, SK Purun menjemput pegawai dari AADK Cawangan
Bera untuk menyampaikan satu sesi ceramah berkaitan dadah.

Sebelum ceramah bermula, pihak sekolah turut mengadakan pertandingan mewarna dan melukis poster.

Hari antidadah pada hari ini diadakan bagi tujuan mendidik pelajar mengenal jenis-jenis dadah dan bahaya penyalahgunaannya.

Ceramah bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. 

Terima kasih diucapkan kepada pegawai AADK yang memberi ceramah dan diharapkan tahun-tahun akan datang, pendidikan mengenai dadah terus dilaksanakan di sekolah ini.








Sekian...

Rabu, 12 Mac 2014

Kursus Motivasi Dan Pend. Alam Sekitar untuk Pelajar Tahun 6 & Pengawas sekolah di RAMSAR Tasek Bera

Assalam dan salam sejahtera...

Sabtu 8 hb 3 baru-baru ini, pihak sekolah telah menghantar pelajar Tahun 6 serta pengawas sekolah mengikuti kem motivasi dan pendidikan  alam sekitar di Ramsar Tasek Bera.

Bertolak pukul 7.00 pagi dari sekolah dan sampai semula jam 5.00, kem ini dikendalikan oleh anggota Ramsar itu sendiri.

Dalam sejarah, inilah kali pertama sekolah menghantar pelajar ke situ dan harapan di lain tahun, pelajar lain boleh turut sama menjejaki apa yang dialami oleh pelajar Tahun 6 sekarang.




































Selasa, 4 Mac 2014

Penganjuran yang cemerlang




Bermula tahun lepas, mana-mana sekolah yang menjadi tuan rumah bagi pertandingan Tilawah Al-Quran, Festival nasyid, Hafazan dan bercerita (MTQ) Zon Bera, semua jawatankuasa diuruskan oleh tuan rumah.
Assalam dan salam sejahtera.



Tahun ini SK Purun menjadi tuan rumah, dan penganjuran kali ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah teknikal ataupun sebagainya.

Bermula jam lebih kurang 9.00 pagi acara bermula dan tamat majlis penutupan lebih kurang jam 2.00 petang. 

Kali ini peserta SK Purun menunjukkan peningkatan membanggakan apabila beberapa pertandingan merangkul hadiah utama, antaranya johan Tilawah lelaki, johan bercerita perempuan dan naib johan bercerita lelaki.

Tahniah diucapkan kepada peserta yang mengambil bahagian dan buat jawatankuasa yang menunjukkan komitmen yang tinggi, ucapan terima kasih pihak sekolah berikan. Semoga usaha dan keikhlasan kita menjayakan majlis ini mendapat keberkatan Allah SWT hendaknya.

Di bawah senario beberapa acara dan lenser sepanjang majlis berlangsung.











































































Johan tilawah lelaki











Naib johan bercerita lelaki




Johan bercerita perempuan








 Sekian...