Falsafah Sekolah

Rabu, 4 September 2013

Pada hari kejadian Penilaian BOSS Cemerlang

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
 
Hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba, setelah bertungkus lumus menyiapkan segala apa yang perlu ada, Pasukan Penilaian dari Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran, seramai 2 orang menjalankan tugasnya di SK Purun.
 
Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan dengan baik dan yang paling mengembirakan, panel penilai tersebut ternyata gembira hadir ke sini. Sekaligus memberikan kami harapan bergelar juara.

Pelajar Prasekolah mengambil bahagian sebagai penyambut tetamu begitu ceria menunggu kehadiran penilai.

Pelajar Pen. Khas berbaris di laluan menghala ke BOSS.

Guru-guru perempuan dengan baju batik rasmi sekolah

Antara guru lelaki yang turut berada di dataran kejat menunggu kehadiran penilai.

2 orang murid pra ditugaskan menghulurkan jambangan bunga kepada penilai sebagai permulaan acara

Jemputan luar yang terdiri daripada wakil PPD Bera, GPW, Generasi Kedua, AJK PIBG, Guru Besar SAR, juga
dijemput memeriahkan suasana.

Juga beberapa oarng wakil dari luar yang terdiri daripada En. Zailan, Ust Che Hamid, En. Yusuf, En. Yuseri -  wakil  PPD Bera. Cikgu Awal wakil MGB, Cikgu Zulkifli - GB Triang 3, Cikgu Anuar - GB Tementi, Cikgu Jamaludin - GB Mayam,
En. Azmim-  Pengurus Felda Purun, En. Zulkifli - Ketua Kampung, En. Abu Bakar - Ketua Rela , En. Mustafa - YDP PIBG,
En. Rosli dan En. Rozi AJK PIBG - turut memberi sokongan kuat kepada pihak sekolah
dengan  beratur menunggu kehadiran penilai.

Ketua Panel Penilai dibawa bersalaman dengan wakil-wakil luar yang menunggu di dataran kejat.


Sebahagian  guru-guru SK Purun juga mengambil kesempatan menunggu panel.



Panel penilai diiringi murid pra ke dewan sekolah

Acara di dewanpun bermula

Para tetamu yang dijemput dari luar SK Purun

Pengacara majlis diserahkan kepada pelajar dan dibimbing oleh Teacher Noor Aini


Bacaan doa oleh Ustaz Bakhtiar

Persembahan pantun oleh Adik Aqilah

Edaran pamphlet oleh murid kepada tetamu

Pendahuluan kata- ucapan GB

Pada masa yang sama, AJK Jamuan bersiap sedia dengan tugas yang diamanahkan.

Acara selingan dan sebagai hiburan- persembahan boria yang mantap

Ketua panel penilai diberi ruang untuk menyampaikan ucapan. Dan yang paling mengembirakan, beliau cukup terharu dengan sambutan yang diberikan.

Perbentangan slide oleh GB sebagai penjelasan kepada panel mengenai status di SK Purun

AJK Jamuan menunggu masa rehat  sambil mendengar perbentangan GB

Bergambar kenang-kenangan dengan semua wakil luar yang ada


Masa untuk meninjau keadaan sekeliling

Perasmian pameran alam sekitar oleh En Saifudin sebagai salah satu acara selingan.



Panel dan jemputan melawat sekitar bilik BOSS dan pameran yang dijalankan oleh pihak RAMSAR yang dijemput khas untuk memeriahkan suasana pada hari tersebut.


Penyerahan sijil penghargaan kepada wakil RAMSAR


Tiba masa penilaian sebenar






Cikgu Sariah dan Cikgu Aziz antara perantara yang bertugas


Murid-murid juga berpeluang melawat pameran yang disediakan.

Boleh menambah ilmu pengetahuan


Penghujung acara, penyerahan cendera hati sebagai tanda ingatan


Juga kepada Penyelia Buku Teks Dari JPN Pahang, En. Mohd Nor yang banyak memberi bantuan kepada  sekolah.

Tidak ketinggalan kepada En. Yusuf Wahab selaku Penyelia HEM PPD Bera yang memberikan sumbangan besar kepada pihak sekolah.


Alhamdulillah....segala yang diusahakan selama ini akhirnya dipermudahkan ..dan kami hanya menunggu keputusan  sama ada SK Purun berada kedudukan berapa...
 
Tetapi di minda kami...sudah setkan bahawa kamilah JUARA sebenarnya setelah apa yang kami usahakan dapat disempurnakan dengan jayanya.

2 ulasan:

  1. semuga Berjaya...In Sha Allah..

    BalasPadam
  2. Tahniah...In Sha Allah...Along...
    lama dah tunggu...INI KALILAH!

    BalasPadam