Falsafah Sekolah

Jumaat, 4 Julai 2014

Bacaan Yassin sempena menyambut Ramadhan

Assalam...

Pada Jumaat menjelang sebelum bulan Ramadhan tiba, pihak sekolah menjayakan satu program pendidikan kerohanian yang melibatkan semua guru dan murid.

Majlis bacaan Yassin beramai-ramai ini dilangsungkan di dataran kejat dan bacaan diketuai oleh Ustaz Bakhtiar.

Semoga program sebegini mendapat rahmat Allah SWT dan diharapkan dapat mendidik murid-murid mencintai Ramadhan dan berpuasa selama sebulan.

Seperti kebiasaan, sepanjang bulan ramadhan, pihak sekolah akan mengadakan beberapa program kerohanian seperti tadarus Al Quran , takzrirah, Yassin dan sebagainya.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan