Falsafah Sekolah

Jumaat, 4 Julai 2014

Karnival Permainan futsal dan bola jaring Prasekolah Zon A bera

Assalam...

Pada 25 Jun lalu, sekolah ini dipilih sebagai tuan rumah untuk menganjurkan kejohanan futsal dan bola jaring bagi Zon A prasekolah Daerah Bera.

Antara sekolah yang tersenarai dalam Zon A termasuklah Bukit Kepayang, Mayam, Triang 2 dan Triang 3 selain tuan rumah. Hampir kesemua sekolah menghantar 2 pasukan setiap kategori.

Pertandingan ini bermula hampir jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang yang majlis penutupannya disempurnakan oleh wakil PPD Bera iaitu Ustaz Khusairi.

Tahniah kepada pasukan sekolah ini yang menjuarai tempat pertama dan kedua dalam pertandingan bola jaring manakala pasukan futsal berjaya menjadi naib johan dan tempat ketiga.


Antara penjaga yang hadir memberi sokongan kepada anak-anak.

Jawatankuasa teknikal bertungkus lumus menyediakan peralatan

Senamrobik mendahului acara sebelum pertandingan

Urusetia bertugas di bawah khemah urusetia

Khemah peserta juga disediakan, juga tempat berteduh untuk penjaga.

Sebagai tuan rumah peralatan di padang mesti dilengkapkan.











Team Purun A bersama jurulatih merangkap pengadil kejohanan.


Urusetia yang setia sepanjang kejohanan



Mana-mana guru yang terluang, menjenguk seketika kemeriahan di padang.


GB Yasin meneyampaikan ucapan.


Perasmi dari PPD Bera iaitu Ustaz Khusairi










Syukur kepada Allah SWT kerana pada hari kejadian, semuanya berjalan dengan lancar dan mengikut jadual.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan