Falsafah Sekolah

Sabtu, 1 Februari 2014

Larian Perdana 2014

Assalam....dan salam sejahtera.

Aktiviti memanaskan badan sebelum berlari
Pada 24 hb Januari yang lalu, acara sukan pertama telah diadakan iaitu acara larian perdana ataupun nama sinonimnya merentas desa.

Program ini terpaksa dijadualkan awal kerana selang seminggu selepas itu, pertandingan peringkat daerah akan dijalankan.

Justeru itu, pihak sekolah tiada pilihan dengan mengadakan acara merentas desa lebih awal seiring dengan kejohanan peringkat daerah dan negeri yang akan berlangsung pada Februari ini.

Tuan pengurus melepaskan peserta untuk berlari
Semangat sebelum memulakan larian

Berebut-rebut mendahului peserta lain

Chek Point pertama, masih kuat lagi berlari.

Semangat yang patut dicontohi oleh salah seorang AJK PIBG yang turut berlari

Tak larat dah tu nampaknya..

Apatah lagi mendaki bukit

Anggota RELA siap sedia mengawal lalu lintas

Turut bersdama anggota RELA wanita

Antara peserta yang tiba awal

Mengejar hadiah dan tempat mewakili sekolah


Bersaing sesama sendiri


Kawasan penamat larian

Semetara pelajar Tahap 2 berlari, semua pelajar Tahap 1 dihimpukan di dalam dewan dengan disajikan tayangan filem

Bertujuan memudahkan kawalan pelajar
Gambar bersama anggota RELA dan sebahagian warga SK Purun sejurus pertandingan berakhir

Majlis penutupan diadakan di dalam dewan

Wakil pengurus En. Hasbullah diberi ruang untuk berucap dan sekaligus merasmikan majlis penutupan program tersebut.

Hadiah disampaikan kepada pemenang pertandingan












Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dalam pengendalian acara merentas desa ini..

Kepada peserta yang berjaya mendapat hadiah, tahniah diucapkan. Semoga SK Purun juga boleh  cemerlang dalam bidang sukan yang dianjurkan..

Sekian....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan