Falsafah Sekolah

Sabtu, 1 Februari 2014

Kursus Kepimpinan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua & Penolong Darjah fasa 1 2014

Assalam dan salam sejahtera....

Pada 27 Januari jam 2.30 petang, unit Disiplin dan Pengawas SK Felda Purun telah menganjurkan Kursus Kepimpinan fasa satu yang melibatkan semua pengawas, pengawas perpustakaan dan ketua serta penolong ketua darjah.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahah awal tugas dan peranan sebagai pihak yang dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah dalam memastikan perjalanan seharian di sekolah lebih teratur.

Kursus ini bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.00 petang.

Tahniah kepada yang menganjur dan kepada peserta kursus, diharapkan dapat menjalankan tangungjawab dengan lebih baik lagi.

Blogger sekolah ditugaskan menyediakan perkakasan siaraya sebelum kursus dijalankan. Manakala peserta diberi fail kursus



Ustaz Abdillah ditugaskan membaca doa permulaan.

GPK HEM Cikgu Norizan sebagai pihak pertama yang berucap

Ceramah sesi satu disampaikan oleh guru pengawas, Cikgu Noor Rasyidah





Sesi kedua ceramah oleh cikgu Norliza sebagai guru PSS







Penutupan majlis, menjemput GB memberikan ucapan sekaligus merasmikan kursus.

Juga penyampaian sijil kepada wakil pengawas

Wakil pengawas pusat sumber

Dan wakil ketua kelas

Gambar selepas kursus


Sekian....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan