Falsafah Sekolah

Selasa, 8 Oktober 2013

Sukan Tara dan Acara Sebelum Sukan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam dilangsungkan sukan tara yang melibatkan semua pelajar. Manakala hari ini pula berlangsung acara sebelum sukan yang hanya melibatkan sebahagian pelajar dan sebahagian acara.

Tujuan sukan tara diadakan untuk memberi peluang pelajar merasa bertanding dalam acara padang dan acara balapan. Setiap acara tersebut diberikan penanda aras atau had untuk dilepaskan sama ada jarak ataupun masa.

Setiap pelajar yang berjaya melepasi had yang ditetapkan akan diberikan satu mata untuk rumah masing-masing.

Untuk acara sebelum sukan pula pihak sekolah seboleh-bolehnya menamatkan acara padang sebelum kejohanan besar berlangsung. Acara padang yang dimaksudkan seperti lompat tinggi. lompat jauh dan lontar peluru. Manakala bagi acara balapan pula, peringkat saringan dijalankan terlebih dahulu sebelum acara akhir dilangsungkan pada hari kejohanan.

Taklimat setiap rumah dijalankan sebelum acara bermula

Para hakim bersiap dengan ukuran menentukan had yang perlu dilepasi peserta
Peserta tak sabar menunggu giliran untuk bertanding

Pegawai teknikal sibuk menerangkan kepada hakim

Guru rumah sukan perlu bijak memilih peserta

Sambil beberapa AJK lain sibuk menguruskan persiapan sebelum kejohanan besar berlangsung.





Hari ini P&P luar bilik darjah berlangsung..

Bantuan pelajar lain diperlukan membantu guru


Peserta yang mencuba nasib memasuki acara lompat tinggi perempuan B

Pelajar yang tidak mengambil bahagian ditugaskan memberi sorakan kepada rumah masing-masing.
Acara lontar peluru

Saringan 200 meter



Hakim menunjuk cara bahaimana lontaran yang sah dan batal kepada perserta.
Kedua-dua acara ini hanya dijalankan sebelum rehat sahaja. Dan selepas rehat P&P dalam kelas berjalan seperti biasa.

Hari esok pula akan diadakan raptai penuh kejohanan dan diharapkan semua yang terlibat dapat memberikan komitmen terhadap kejohanan yang sedang berjalan ini dengan dengan penuh semangat tolanrasi dan kerjasama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan