Falsafah Sekolah

Rabu, 9 Oktober 2013

Persiapan sebelum kejohanan bermula

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Esok Khamis 10 Okt 2013, satu lagi sejarah tercipta dalam tahun 2013 ini apabila Kejohanan Balapan dan Padang dilangsungkan.

Jadi, hari ini merupakan hari paling sibuk terutama jawatankuasa persiapan padang bagi mempersiapkan segala persiapan sebelum kejohanan bermula.

Turut dibantu oleh agensi luar seperti Pejabat Felda Purun, Majlis Daerah Bera, murid-murid turut sama mengambil bahagiabn menyumbangkan tenaga bagi memastikan perjalanan sukan pada hari esok berjalan lancar.

Pagi tadi berlangsung raptai perbarisan rumah sukan. Dan selepas itu, persiapan padang terus dilakukan.

GB turut turun padang menyumbangkan idea bagaimana nak menceriakan lagi kawasan padang

Staf dari Majlis Daerah Bera memasang kanopi yang ditempah sekolah

Pelajar melakukan kerja ringan mengatur tempurung kelapa di sepanjang trek larian

Staf dari Pejabat Felda Purun turut memasang kanopi

Sifar ringan tulang pelajar yang diterapkan diaplikasi dalam bentuk perbuatan.

Gotong royong amalan yang perlu ada di setiap diri murid ataupun guru


Guru rumah sukan berbincang strategi untuk menang nanti.

Pelajar berehat selepas raptai perbarisan

Walaubagaimanapun,. susu 1 Malaysia tetap diberikan mengikut jadual kepada pelajar.

Hari ini sebelum rehat tiada P&P dalam kelas, hanya P&P luar bilik darjah berlangsung.

Diharapkan nanti perjalanan sukan pada hari esok dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah berlaku. Ini kerana segala persiapan sedang dijalankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan