Falsafah Sekolah

Isnin, 26 Ogos 2013

Motivasi & Santai Minda Tahun 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
 
Ahad ( semalam) , bertempat di De Rhu Beach Resort , pihak sekolah telah mengadakan satu program di luar sekolah khas untuk calon UPSR.
 
Program sebegini telah  dijalankan saban tahun dan pada tahun ini resort di Kuantan menjadi pilihan. 
 
Bertolak lebih kurang jam 5.15 pagi, seramai 48 orang calon UPSR menaiki bas menuju ke destinasi dan tiba jam 9.45 pagi.
 
Walaupun masih terpingga-pinga setelah turun dari bas persiaran, mereka terus dibawa ke dewan mesyuarat untuk dimotivasikan oleh beberapa tenaga AMPAC yang terdiri daripada bekas ahli kelab In'smartif dari   UMP.
 
Tahun ini merupakan tahun ke-6 sekolah ini menjalinkan hubungan erat dengan kelab tersebut, dan setiap tahun program motivasi ini dikendalikan oleh pihak mereka.
 
Sekalung tahniah diucapkan kepada En. Law, En. Solihin dan rakan-rakan yang sudi  meluangkan masa memberi semangat serta bersama-sama merasai bahang UPSR ini.
 
Apa yang menariknya, ramai di kalangan guru sekolah ini turut serta memeriahkan program tersebut dengan datang bersama keluarga berkelah di tepi pantai sambil menikmati juadah yang disediakan.

Mantan Kelab In'Smartif yang sentiasa menabur budi demi kecemerlangan SK Purun terutama En. Solihin

Orang kuat AMPAC, Mr. Law...datang dr jauh untuk bersama-sama SK Purun



Bersedia untuk dimotivasikan.

Orang kuat AMPAC, En Taqiuddin

Walaupun prorgam bermula hari Ahad, beberapa orang guru turut menginap di resort.


Ambil kesempatan bercuti bersama keluarga..


Bukan senang nak merasa mandi kolam sesaja je..


Paling gembira, anak-anak yang dapat mandi kolam..
Biar berjam-jam berendampun tak apa...
 







Bakar ayam di tepi pantai yang indah






10 ekor ayam ditumbangkan..



LDK juga turut diadakan.




seharusnya kesedaran perlu timbul di saat-saat penghunjung hadirnya UPSR

Makan di hotel memanglah meriah




mungkin ini kali pertama makan di tempat sebegini...

menunggu juadah disediakan.


wajah-wajah ceria menunggu makanan...
Pengalaman indah yang sukar dilupakan..




GB turut hadir sama memberi sokongan.

Antara yang memberi sumbangan termasuk pengarah projek Pn. Sariah...



GB En. Yasin memberikan ucapan sekaligus merasmikan program tersebut.
Seperti biasa, sesi bergambar sebagai penutup program.

 Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT, kerana program ini dijayakan tanpa sebarang musibah..
 
Dan Insyaalah, tahun-tahun hadapan Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR akan merancang lagi program sebegini dan yang pastinya, bantuan dari tenaga luar seperti AMPAC dan Kelab In'Smartif UMP dapat diteruskan demi kelangsungan menjadikan SK PURUN SEKOLAH TERBAIK...

Sekian...

2 ulasan:

  1. selamat maju jaya...semoga Upsr tahun ini akan lebih cemerlang...

    BalasPadam
  2. selamat maju jaya...semoga Upsr tahun ini akan lebih cemerlang...

    BalasPadam