Falsafah Sekolah

Jumaat, 2 Ogos 2013

Majlis Khatam Al-Quran Sempena Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum.
 



Bertarikh 2 Ogos pada penghujung minggu hari Jumaat penuh berkat, bertempat di dewan sekolah, disertai pelajar tahap 2 yang tamat membaca jusuk Al Quran yang ditetapkan sewaktu rehat waktu persekolahan.
 
Bertadarus ertinya membaca Al-Quran secara beramai-ramai sehingga tamat dan hukumnya adalah sunat.
 
Program Khatam Al-Quran ini saban tahun dijalankan dan sudah menjadi acara rasmi sekolah setiap kali bulan Ramadhan kunjung tiba.


Murid-murid yang mengambil bahagian menunggu di luar dewan sementara bacaan doa berkumandang.


Pelajar yang tidak mengambl bahagian menjadi penonton dan ikut sama membaca surah.


Pihak sekolah juga menjemput YDP PIBG turut serta.

Penuh dewan pada pagi ini. Alhamdulillah....

Semoga yang membaca dapat pahala dan yang mendengarnya juga dikurniakan pahala Allah SWT.


Juru Khatam, juga yang bertindak sebagai penyelaras program.
Program seumpama ini merupakan penerapan nilai yang unggul di dalam diri murid. Seharusnya masyarakat setempat dialu-alukan mengadakan program sebegini khusus buat masyarakat FELDA agar rahmat Allah SWT sentiasa subur di bumi FELDA PURUN ini.

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah...teruskan untuk tahun2 hadapan...

    BalasPadam
  2. semoga program yg bermanfaat dteruskan...adkan lg byk program berunsurkan islamik bkn hya pd bulan puasa atau pd peristiwa2 islam shj tp pd bila2 masa shj.semoga pelajar skpurun ,dadanya dipenuhi dgn ilmu dunia dan akhirat....

    BalasPadam