Falsafah Sekolah

Sabtu, 16 November 2013

Anugerah Kecemerlangan Pendidikan dan Graduasi Prasekolah 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada 14 Nov baru-baru ini, pihak sekolah berjaya menyempurnakan program terakhir bersama penjaga iaitu program menghargai dan mengiktiraf pencapaian pelajar dalam peperiksaan hujung tahun.

Program ini pada asalnya menjemput Pengurus Besar Felda Wilayah Mempaga tetapi pada saat-saat akhir, pengurus tersebut tidak dapat hadir. Maka Pengurus Felda Purun diminitkan untuk merasmikan program tersebut.

Secara amnya, sepanjang program berlangsung, semuanya mengikut rancangan. Kehadiran penjaga juga sangat-sangat menggalakkan.

Untuk gambaran lebih jelas senario pada hari tersebut, beberapa foto disediakan.

Pendaftaran penjaga yang hadir

Kehadiran penjaga akan dimasukkan ke dalam sistem online PIBG


Sesi pertama adalah penyampaian hadiah kedudukan dalam kelas terbaik yang disampaikan oleh pengerusi Belia Felda Purun.







Tetamu VIP


Jemputan yang hadir

Aluan pembuka persembahan, pantun daripada murid 

Pengacara majlis Cikgu Khairi dan Cikgu Rafidah

Bacaan doa oleh Ustaz Abdillah

Ucapan Pengerusi PIBG

GB Yasin berucap

Pengurus Felda Purun, En. Azmim berucap panjang dan sekaligus merasmikan program.

Persembahan kedua iaitu Boria 

Sejurus itu Graduasi Pra mengambil tempat yang disempurnakan oleh Pengetua SMK Purun, Pn. Sapiah

Pra Harmoni sesi pertama


Pra Damai untuk sesi kedua


Diikuti pula kelas Pendidikan Khas.



Sebagai penghargaan dan kenang-kenangan, cenderamata diberikan oleh HEM SK Purun kepada Pn. Sapiah.

Selepas hadiah kepada pelajar Pra dan pendidikan Khas, Hadiah kepada pelajar yang berjaya menguasai semua A subjek yang diuji dalam peperiksaan diberikan. Bagi Blogger, pelajar inilah antara terpandai dalam kelasnya kerana semua subjek diambil mendapat markah A. Untuk maklumat tahun 1-3 sebanyak 8 subjek dikira dan tahun 4-6 hanya subjek UPSR diambil kira

Tahun 1

Tahun 1
Tahun 1

Tahuan 2

Tahun 2

Tahun 2

Tahun 2

Tahun 2

Tahun 1

Tahun 3


Selepas penyampaian hadiah kepada pelajar straight A, kedudukan dalam kelas 1-3 untuk tahun 4-6 mengambil tempat.







Kemudian pemberian sijil kepada pengawas sekolah dan pengawas Pusat Sumber pelajar Tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah ini.





Selepas rehat, majlis disambung dengan 2 lagi persembahan iaitu persembahan Prasekolah dan Pendidikan Khas.






Untuk penghujung rancangan, acara kemuncak iaitu hadiah kepada tokoh pelajar dan pelajar yang mendapat cemerlang dalam UPSR 2013.


Pelajar 5A, 4A1B dan 3A2B bergambar bersama penjaga serta pihak sekolah dan perasmi.

Persembahan terakhir iaitu persembahan yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar iaitu Pentomim daripada pelajar 6 Terbilang dengan gaya yang unik yang dilatih sendiri oleh blogger.











Kemudian Kalam Jam'ie yang mendapat tempat ketiga Daerah juga turut dipersembahankan kepada umum.



Selepas majlis berakhir, sebelum pulang, beberapa gambar guru-guru diambil sebagai kenang-kenangan.

Blogger  juga turut berposing di hadapan backdrop.

Ustaz Bakhtiar juga berkesempatan bergambar.

Juga GPK KOKO Cikgu Asri

Ustaz Abdillahpun teringin nak berposing.
Dan akhir sekali gambar-gambar kenangan guru dan staff.




Maka, setelah selesainya program ini, maka lengkaplah semua takwim yang diatur untuk sepanjang tahun 2013 ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Dan Graduasi Prasekolah Tahun 2013 ini.

Untuk terakhirnya....bolehlah menonton Video persembahan tahun 6 yang bertajuk Ulit Mayang Edisi Terhad yang telah dimuatnaik dalam Youtube seperti link di bawah.


Sekian....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan