Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Beratur di luar dewan menunggu arahan ketua pengawas |
Hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba, semua calon berdebar-debar menempuh peperiksaan awam kali pertama. Tidak ketinggalan guru dan pentadbir sekolah turut sama-sama merasa bahang yang sampai kemuncaknya.
Pelajar dikumpulkan di kantin, diberi sarapan percuma, diberi tips-tips menjawab, kata-kata semangat dan dibacakan doa penerang hati oleh guru-guru.
Harapan cukup besar ingin melihat sekolah mencipta kejayaan, moga-moga apa yang dicita-citakan tercapai.
Apabila sudah melangkah ke dalam dewan peperiksaan, percent guru menolong hanya tinggal 1 % sahaja. 99 % lagi terletak di tangan pelajar itu sendiri.
Menjadi kelaziman tiap-tiap tahun, calon UPSR diberi sarapan agar tiada masalah kelaparan sewaktu menjawab soalan itu nanti |
Semoga hati mereka terang, tenang dan mendapat hidayah sewaktu menjawab peperiksaan besar ini.
Ada yang bertanya, mengapa UPSR ini terlalu penting, bukannya penentu segala-galanya kepada calon.
Jawapan kami, inilah pengukur kebolehan, kecemerlangan dan kepakaran guru sebenarnya. Kehebatan sesebuah sekolah dizahirkan dengan peperiksaan ini. Jatuh bangunnya kemajuan sesebuah sekolah terletak di dalam peperiksaan ini sebenarnya.
Keupayaan guru mengajar diukur dalam peperiksan ini sebenarnya...segala-galanya dilihat, dibicarakan, diperkatakan berdasarkan UPSR sebenarnya.
GB memberikan kata-kata semangat agar motivasi untuk berjaya dapat dipertingkatkan pada saat-saat akhir sebelum kaki melangkah ke dewan peperiksaan. |
Jadi, tidak hairanlah, semua sekolah di Malaysia ini tiada menganggap UPSR tidak penting malah biar berhabisan wang ringgit, biar tenaga dicurahkan berkali-kali ganda, biar masa ditumpahkan di situ....semata-mata inginkan sekolah ini menjadi sebutan ramai, menjadi contoh, dan menjadi penanda aras kecemerlangan.
Ustaz Bakhtiar membacakan doa, memohon kepada Allah SWT agar ditenangkan hati dan diberikan hidayah sewaktu menjawab peperiksaan itu nanti |
Dan niat untuk melihat permulaan pelajar menuju kecemerlangan adalah dimulakan daripada UPSR sebenarnya...
Beberapa guru turut hadir memberikan semangat kepada calon. |
Harapan kami cukup tinggi sebenarnya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan