Falsafah Sekolah

Selasa, 13 Mei 2014

Lawatan Sambil Belajar Program Pendidikan Khas ke Taman Rusa dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera....


Pada 6 Mei 2014, Program Pendidikan Khas (Integrasi) SK (F) Purun telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Taman Rusa dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang Pahang.


Lawatan ini disertai oleh 3 orang guru, seorang Pembantu Pengurusan Murid dan 7 orang murid. Tujuan lawatan adalah untuk memberi peluang kepada murid untuk menjalani sesi PdP melalui proses pengalamian. Program ini juga dijalankan untuk menjayakan lagi sesi PdP komponen Bahasa Inggeris di bawah tajuk " Recognise Animals" dan  komponen Kemahiran Manipulatif  "Membezakan bunyi Haiwan".

Guru dan murid-murid sempat bergambar di pintu masuk Taman Rusa


Pelawat diberikan peluang untuk memberi makanan yang disediakan kepada rusa
Rusa-rusa di sini sangat jinak dan boleh dipegang
 Selain rusa, terdapat juga haiwan-haiwan lain di Taman Rusa seperti ular sawa, kucing hutan, landak, burung merak," racoon" dan sebagainya.



Murid-murid teruja dapat memegang ular sawa albino yang dipamerkan

Murid- murid  dan guru mengambil kesempatan bergambar dengan ular sawa albino yang beratnya kira-kira 20kg
Landak juga ada dipamerkan dan boleh dipegang



Sebaik sahaja tamat lawatan di Taman Rusa, kami bergerak ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan untguk menyaksikan haiwan ini secara lebih dekat lagi

Setiap Pelawat yang datang ke pusat konservasi gajah ini dikehendaki memakai pelekat yang disediakan



Guru-guru pengiring yang menyertai lawatan

Berehat dan makan tengahari sebelum meneruskan aktiviti


Tidak melepaskan peluang bergambar dengan gajah


Aktiviti memberikan makanan kepada gajah


1 ulasan: