Falsafah Sekolah

Isnin, 2 September 2013

Persiapan akhir menjelang Penilaian BOSS Cemerlang

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
 
Hari ini, merupakan hari paling sibuk apabila mendapat tahu teka-teki bila hari penilaian tersebut akan dijalankan pada esok- Selasa ( 3 September) .
Pengarah Projek sedang merencanakan idea konsep susunan
dalam BOSS
untuk dipersembahkan pada penilai pada hari esok.
 
Maka, dengan segala kudrat, ilmu, kemahiran dan kepakaran yang ada, semua AJK kecil memastikan tanggungjawab yang diamanahkan dapat disempurnakan sebelum pagi esok.
 
Walaupun sedikit kelam kabut mempersiapkan kerja yang belum beres, namun tiada sedikit rungutan pun kedengaran dan semua yang mengambil bahagian menunjukkan rasa ceria menjalankan tugas yang diberi.
 
Tahniah warga SK Purun.....semoga hasil penat lelah kita selama ini membuahkan hasil yang lumayan....
 
Harapan kami semua adalah bergelar JUARA..
 
Floor Manager, Cikgu Aziz merupakan orang  paling sibuk memastikan semua bahagaian berfungsi dengan baik.
Pasukan boria sekolah tidak ketinggalan berlatih bersungguh-sungguh
Semua murid kecuali kecuali Tahun 6, Tahun 1 dan murid Prasekolah akan mengambil  bahagian dengan berbaris panjang
dari pintu masuk sekolah
Cikgu Hasri, GPK Koko memberikan taklimat  kepada murid yang akan berbaris.



Kak Zaiton sibuk dengan bunganya.
Manakala Pn. Zuraidah membersihkan  kawasan anjung boss 
Ustaz Abdillah dan Cikgu Sufrizal dengan jejak pejalan kaki yang belum siap.



Jurulatih boria menunggu anak buah untuk berlatih


En. Awi memastikan rumput dipotong pendek


Cikgu Norbaya juga sibuk membimbing murid prasekolah yang  bertugas melakukan persembahan menyambut tetamu.


Pasukan kompang sekolah tidak sabar-sabar menunjukkan bakat.


En. Haris ditugaskan menyediakan tanda arah ke bilik BOSS
Senario dalam bilik BOSS yang belum di make-up
Cikgu Asri sedang meletakkan frame anugerah yang pernah diterima oleh BOSS sekolah
Ustazah Maznida menyiapkan label


Bahagian fail...Teacher Adni dan Cikgu Rapidah. 
Teacher Noor Aini menurunkan bakat sebagai pengacara majlis  kepada anak murid yang akan menggalas tugas selaku MC pada hari esok


Bahagian backdrop, Cikgu Khairi, Cikgu Nazrul dan Pn. Shikin juga sama-sama sibuk


Perbincangan antara GB dengan GPK 1...apalah agaknya ye...


Hahaha...blogger sekolah...nak juga bergambar di samping banner
yang dihasilkan di sekolah ini.
Segala usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua warga sekolah ini....diperlihatkan secara zahirnya...Insyaalah, jika ada rezeki, adalah ganjarannya...

Sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan