Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sebelah paginya Penilaian Boss Cemerlang dan pada sebelah petang, satu lagi aktiviti dijalankan di sekolah ini iaitu Kem Bestari Solat siri 2 fasa 1 yang mana murid terlibat pada hari itu di kalangan Tahun 1-3. Manakala pelajar tahun 4-6 akan dijalankan pada hari Rabu.
Kem ini merupakan pengisian JQAF yang diwajibkan oleh pihak Kementerian Pelajaran dengan kerjasama guru-guru Pendidikan Islam serta bantuan guru-guru lain.
Matlamat kem ini adalah untuk memastikan murid-murid boleh mengerjakan solat dan mengamalkannya setiap masa.
Alhamdulillah.....Program JQAF yang diperkenalkan pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dahulunya, mendatangkan terlampau banyak manfaat kepada murid-murid zaman sekarang kerana penekanan yang jitu kepada asas fardhu ain, Asas Al-Quran dan Jawi.
Kalau dahulu, murid-murid bergantung kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) untuk belajar fardhu ain dan KAFA, kini dengan adanya program JQAF ini, pihak SAR tidak terlalu membebankan tugas mereka mendidik ke arah itu.
Ditambah pula dengan peranan ibu bapa yang menghantar anak-anak mengaji Al Quran pada sebelah malamnya, membolehkan lagi penguasaan Al Quran dapat dipertingkatkan lagi.
Semoga semua pihak yang memberikan sumbangan dalam menjayakan Kem ini mendapat Rahmat Allah SWT serta diberikan pahala berlipat kali ganda hendaknya.
Akhir sekali, paraktikal solat dijalankan dan setiap pegeraakan dalam solat diperbetulkan jika ada yang belum menguasainya lagi |
Tugas guru-guru di sekolah ini menjalankan tanggungjawab yang digalas, tugas ibu bapa memastikan apa yang anak-anak pelajari di sekolah ataupun di rumah dilaksanakan manakala tugas murid-murid, melaksanakan apa yang diperoleh.
Sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan