Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada 8 dan 9 Nov lalu SK Purun sekali lagi mengadakan aktiviti perkhemahan untuk murid tahap 2 di kawasan sekolah.
Tujuan aktiviti ini bukan sekadar melengkapkan kalendar aktiviti, malah memberikan pengalaman baru kepada murid-murid yang belum pernah mengalami suasana perkhemahan.
Walaupun hanya semalaman, aktiviti yang dijalankan memang menarik, apatah lagi pihak turut mengadakan aktiviti menembak menggunakan marker permainan paintball.
Selain aktiviti base sistem, aktiviti halangan, kawad kaki dan kembara malam juga dapat dijalankan dengan baik dan mengikut jadual.
Gotong royong memasak dilakukan bersama-sama dan dapat mengeratkan ikatan silaturrahim. |
Ada juga penjaga yang datang menyumbangkan tenaga sekaligus menyahut sarana PIBG |
Antara aktiviti yang dapat dijalankan sepanjang perkhemahan ini :
Aktiviti pertama hari pertama iaitu kawad kaki asas yang dikendalikan oleh Kem Komandan sendiri merangkap juga blogger sekolah...
Aktiviti kembara malam dijalankan setiap kali perkhemahan diadakan. Tujuannya untuk mendisiplinkan diri peserta dengan nilai-nilai kejujuran, berani dan berkeyakinan menghadapi situasi bersendirian dalam gelap dengan dugaan daripada luar. Peserta akan dibawa mengelilingi padang dengan mata yang tertutup. Kemudian ditinggalkan bersendirian sebelum diuji dan disakat dengan pelbagai gaya bagi menakut-nakutkan peserta.
Ada yang berkeyakinan menghadapi dugaan malah ada yang menagis serta menjerit ketakutan.
Aktiviti sebelah pagi adalah menembak target menggunakan senapang gas untuk permainan paintball yang disewa khas daripada En. Wadi (Kerdau Adventure). Dengan bayaran RM750 untuk pallet, marker, gas dan kos perkhidmatan, setiap perserta berpeluang mengalami sendiri menembak target dengan setiap seorang diberi 20 biji pallet.
Manakala guru-guru juga berpeluang merasa pengalaman menembak dengan lebihan pallet yang ada. Pihak sekolah membeli 4000 buah pallet dan 10 buah senapang disediakan.
Walaupun aktiviti ini memerlukan kos yang tinggi, tetapi merupakan aktiviti yang pertama kali pernah dijalankan sepanjang sekolah ini dibuka.
Selepas aktiviti menembak, diadakan pula aktiviti base sistem. Sebanyak 4 base diadakan iaitu ikatan dan simpulan, pertolongan cemas, anyaman daun kelapa dan aktiviti lagu patriotik serta doa-doa harian.
Setiap peserta perlu melalui stasen yang ditetapkan dengan bimbingan dan pengawasan jurulatih.
Aktiviti terakhir yang agak lasak iaitu larian berhalangan. Terdapat 3 halangan disediakan iaitu laluar tayar, menyusup bawah rimbunan pelapah, dan menuruni bukit.
Walaupun halangan disediakan tidak beberapa mencabar, namun sudah cukup memberi pengalaman berguna kepada peserta terutama perserta yang tidak pernah mengalami kotoran meniarap di tanah.
Manakala untuk perserta lelaki, kanvas 18x18 sebanyak 4 buah dipasang berbentu 'V' terbalik dan peserta tidur beramai-ramai di dalamnya.
Rondaan kem komandan jam 2 pagi, masih ada lagi perserta yang belum tidur dan ada yang bermain di kawasan padang sekolah. Ini mingkin disebabkan hari pertama perkhemahan yang tidak meletihkan di samping keseronakan dapat bermalam bersama rakan.
Malam itu, GB yasin dan GB SK Triang 3 cikgu Zul turut ada bersama-sama memeriahkan suasana perkhemahan. |
Pelajar sebelum tidur diberi makanan nasi goreng dan ayam bakar berbekiu. |
Turut memberi bantuan, generasi Felda dan para beliawanis Felda Purun |
Sementara menunggu mata hendak tidur, persiapan untuk aktiviti hari esok turut dilakukan |
Tepat jam 2 petang selepas aktiviti mengemas kawasan perkhemahan dan peralatan, dilangsungkan majlis penutupan. Kali ini pihak sekolah tidak menjemput perasmi luar, hanya GB sahaja yang merasmi dan menutup program.
Keputusan keseluruhan bagi perkhemahan tahun ini digondoli oleh unit TKRS sebagai unit terbaik, diikuti Pengakap, Puteri Islam dan Tunas Puteri Kadet.
Walaupun semua pihak yang terlibat dalam aktiviti ini merungut keletihan, namun demi hasrat Kementerian Pelajaran yang mahukan setiap sekolah mengadakan aktiviti berbentuk kecergasan fizikal, perkhemahan sebegini tetap dijalankan saban tahun.
Namun demikian, Syukur ke hadrat Allah SWT pada sepanjang program berlangsung, semuanya berada dalam keadaan terkawal dan selamat.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan aktiviti ini.
Tahniah kepada Guru-Guru, Tenaga Pengerak Perkhemahan, Pihak Sekolah Yang di ketuai oleh Guru Besar, Pengerusi PIBG dan masyarakat setempat yang berjaya mengadakan perkhemahan ini, Syabas, Perancangan dan Kerjasama itu kunci kejayaan ini, Tahniah
BalasPadam