Falsafah Sekolah

Khamis, 5 September 2013

Kem Bestari Solat Siri 2 fasa 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
 
Pada hari Rabu ( semalam ), pihak sekolah turut mengadakan kem ini untuk pelajar tahun 4-6. Sama seperti tahap satu pada hari Selasa yang lalu, kaedah teori dan praktikal digunakan.
 
Sesi teori sebelum praktikal.

Khidmat fasi di kalangan murid turut digunakan.

Ilmu yang begitu bermanfaat

Yang tidak boleh di dapati di rumah.

Dengan bimbingan tenaga pengajar bertauliah

membentuk keperibadian muslim sejati

Agar kehidupan lebih diberkati

Diamalkan sehingga mati

Menjamin syurgawi

Bagi yang mengingini

Dan menghajati

Bekalan ke akhirat nanti

Membentuk kesempurnaan diri

Dan keperibadian

Insan sejati




 
 
Syukur kehadrat Allah SWT, dengan izin dan rahmatNya, Panitia Pendidikan Islam dapat menjalankan amanah ini dengan jayanya.
 
Semoga keperibadian diri dapat dibentuk bermula bermula zaman kanak-kanak hinggalah menjelangnya ajal menjelma.
 
Sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan