Falsafah Sekolah

Isnin, 23 September 2013

Tahniah SK Purun

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Siti Aida Nasuha memerima Tropi dan sijil.





Pagi tadi semasa perhimpunan rasmi, beberapa slot penyampaian hadiah kepada murid yang berjaya memenangi beberapa pertandingan yang diadakan di sekolah, peringkat daerah dan negeri.

Tahniah kepada SITI AIDA NASUHA BT MAHMUD FAUZI yang berjaya merangkul tempat kelima dalam pertandingan Rasensi Buku peringkat Negeri Pahang baru-baru ini.

Selain itu, pasukan Kalam Jema'ie sekolah  pula menggondol tempat ketiga dalam pertandingan peringkat daerah yang dijalankan pada Jumaat lepas.

Turut disampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan-pertandingan yang dijalankan di sekolah sempena Perayaan Bulan Kemerdekaan.

Penerima hadiah Kalam Jema'ie



Pertandingan Kalam Jema'ie
Hadiah kepada pemenang pertandingan  Bulan Kemerdekaan.








Pertandingan mewarna kelas Pendidikan Khas.


Hadiah pertandingan Lagu Patriotik


Acara selingan, deklamasi sajak oleh pemenang.

Tahniah kepada SK Purun.....

Selasa, 10 September 2013

Semangat UPSR

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Beratur di luar dewan menunggu arahan ketua pengawas
 
Hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba, semua calon berdebar-debar menempuh peperiksaan awam kali pertama. Tidak ketinggalan guru dan pentadbir sekolah turut sama-sama merasa bahang yang sampai kemuncaknya.
 
Pelajar dikumpulkan di kantin, diberi sarapan percuma, diberi tips-tips menjawab, kata-kata semangat dan dibacakan doa penerang hati oleh guru-guru.
 
Harapan cukup besar ingin melihat sekolah mencipta kejayaan, moga-moga apa yang dicita-citakan tercapai.
 
Apabila sudah melangkah ke dalam dewan peperiksaan, percent guru menolong hanya tinggal 1 % sahaja. 99 % lagi terletak di tangan pelajar itu sendiri.
 
Menjadi kelaziman tiap-tiap tahun, calon UPSR diberi sarapan
agar tiada masalah kelaparan sewaktu menjawab soalan itu nanti

 
Semoga hati mereka terang, tenang dan mendapat hidayah sewaktu menjawab peperiksaan besar ini.
 
Ada yang bertanya, mengapa UPSR ini terlalu penting, bukannya penentu segala-galanya kepada calon.
 
Jawapan kami, inilah pengukur kebolehan, kecemerlangan dan kepakaran guru sebenarnya. Kehebatan sesebuah sekolah dizahirkan dengan peperiksaan ini. Jatuh bangunnya kemajuan sesebuah sekolah terletak di dalam peperiksaan ini sebenarnya.
 
Keupayaan guru mengajar diukur dalam peperiksan ini sebenarnya...segala-galanya dilihat, dibicarakan, diperkatakan berdasarkan UPSR sebenarnya.
 
GB memberikan kata-kata semangat agar motivasi untuk berjaya dapat dipertingkatkan
pada saat-saat akhir sebelum kaki melangkah ke dewan peperiksaan.
 
Jadi, tidak hairanlah, semua sekolah di Malaysia ini tiada menganggap UPSR tidak penting malah biar berhabisan wang ringgit, biar tenaga dicurahkan berkali-kali ganda, biar masa ditumpahkan di situ....semata-mata inginkan sekolah ini menjadi sebutan ramai, menjadi contoh, dan menjadi penanda aras kecemerlangan.
 
Ustaz Bakhtiar membacakan doa, memohon kepada Allah SWT
agar ditenangkan hati dan diberikan hidayah sewaktu menjawab peperiksaan itu nanti
 
Dan niat untuk melihat permulaan pelajar menuju kecemerlangan adalah dimulakan daripada UPSR sebenarnya...
 
 
 
Beberapa guru turut hadir memberikan semangat kepada calon.

Harapan kami cukup tinggi sebenarnya.

Jumaat, 6 September 2013

Komputer baru di makmal

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Setelah unit ICT sekolah membuat perlupusan peralatan makmal, syukur Alhamdulillah, pihak sekolah mendapat penggantian semula.

Peralatan yang diterima merupakan satu teknologi baru yang jauh berbeza dengan projek perkomputeran sebelum ini.

Syarikat Bitara Induk Sdn Bhd diberi kontrak bagi membekalkan peralatan komputer di sekolah-sekolah terpilih.

Kali ini teknologi yang digunakan adalah Virtual Desktop Infrastructure (VDI)  Thin Client. Kaedah ini tidak menggunakan CPU di setiap unit komputer tetapi digantikan dengan satu server sahaja yang berkuasa tinggi.

Hanya monitor, keyboard, headphone sahaja ditempatkan untuk client dan capaian dihubungkan dengan server melalui kaedah networking.

Kaedah ini ada kelebihan dan kelemahan tertentu.
Antara kelebihannya ialah, satu makmal boleh dikendalikan oleh server sahaja dan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan pemasangan perisian hanya melalui server.
Kelemahannya pula, jika server rosak atau ada masalah, semua komputer client tidak boleh digunakan. Selain daripada masalah client tidak dapat mengakses rangkaian dari server itu sendiri.

Walaubagaimanapun, tidak kiralah apa jua teknologi disediakan, pihak sekolah amat bersyukur kerana sekurang-kurangnya aktiviti di makmal komputer dapat dijalankan tanpa sebarang masalah peralatan .

Ada dua modem dibekalkan...yang lama adalah School Broadband
yang kelajuannya 2 mbps.
Terbaru dipasang pula Yes yang hanya 1 mbps.
Lebih mengecewakankan lagi, School Broadband akan
ditamatkan penggunaannya setelah pemasangan yang baru..
Sedangkan yang lama lebih laju daripada yang baru.

Namun amat-amat mengecewakan, kemudahan internet yang dikendalikan oleh syarikat YTL (yes), hanya membekalkan talian berkelajuan 1 mbps sahaja. Setakat 5-10 buah komputer mengakses internet, tiada masalah, tetapi jika kesemua komputer client mengakses internet terjadilah satu keadaan yang amat-amat membosankan kerana terpaksa mengambil masa lama  untuk melayari web tertentu disebabkan kelajuan yang rendah.

Sedangkan di Bandar-Bandar, boleh pula disediakan menara pemancar yang kelajuannya boleh mencecah 17 mbps, mengapa di kawasan pinggir Bandar hanya talian ADSL sahaja digunakan. Adakah ini adil namanya ????.

Kelas pertama yang menggunakan makmal setelah peralatan baru dipasang iaitu 4T.

Masalah yang biasa timbul,  client tidak dapat dihubungkan dengan server disebabkan perselisihan IP

Murid-murid cukup berminat kalau bermain dengan komputer





Server yang dilengkai dengan switch dan UPSR berkuasa tinggi.

Printer laser juga dibekalkan tetapi hanya dalam rangkaian sahaja.

Walaubagaimana canggih sekalipun, Admin tetap menggunakan komputer lama tetapi berkuasa tinggi
 dan dilengkapi dengan kad grafik untuk kerja-kerja berkaitan
terutama apabila ditugaskan menghasilkan banner ataupun banting.
Tambahan pula di tempat kerja admin, kemudahan printer dan scanner juga disediakan.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan apakah itu VDI....sila rujuk link berikut :

Bitara link


Sekian...

Majlis Restu Ilmu & Solat Hajat Perdana

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
 
Malam tadi, bertempat di surau sekolah satu majlis ilmu khas untuk guru-guru, penjaga serta pelajar Tahun 6 telah diadakan.
 
Bermula dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti Solat Sunat Hajat, kemudian bacaan Yassin. Selepas solat Isyak, majlis restu ilmu mengambil tempat.
 
Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai simbolik final program-program Tahun 6 dan  kemuncak keredaan ilmu yang diberikan oleh guru kepada murid dan merestui segala apa yang telah diajarkan.
 
Juga pelajar akan meminta restu kedua ibu bapa sebelum menjelang UPSR sebenar.
 
Selepas ini, pelajar boleh menjawab soalan dengan baik kerana tiadanya prasangka terhadap ilmu yang guru curahkan diredai ataupun tidak.
 

Pendaftaran pelajar dan penjaga

Turut hadir, Pengurus Felda Purun, Ketua Kampung dan YDP PIBG

Bacaan Yassin selepas solat Sunat Hajat diketuai oleh Ustaz Bakhtiar


Ucapan pengerusi majlis, Cikgu Azlin




Bacaan doa oleh Ustaz Abdilah

YDP PIBG berucap

Tuan pengurus juga memberi kata-kata semangat dan berjanji akan menghadiahkan RM200 kepada sesiapa yang dapat 5A

GB menyampaikan ucapan

Penyerahan alat tulis daripada pihak Felda kepada calon UPSR melalui GB

Blogger juga turut berucap selaku wakil guru


Dilengkapi dengan ucapan wakil murid, Nurul Najihah selaku ketua pengawas dan ketua murid di sekolah ini

Sesi akhir, tazkirah ringkas daripada Ustaz Bakhtiar




Sebelum majlis berakhir, bersalam-bersalaman antara Jemaah