Falsafah Sekolah

Selasa, 20 Mei 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat SK Felda Purun 2014

Tanggal 16 Mei setiap tahun adalah satu tarikh yang dikhususkan buat semua warga pendidik kerana pada tarikh inilah Sambutan Hari Guru diadakan setiap tahun.

Pada tahun ini dengan tema Guru: Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi, telah mngambil tempat untuk diraikan oleh semua warga pendidik.

Warga SK Felda Purun juga tidak ketinggalan untuk sama-sama meraikannya bersama-sama murid-murid, staf sokongan dan juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru yang sama-sama memainkan peranan masing-masing untuk menjayakan program khas ini.

Pada jam 8.00 pagi, majlis dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru dan staf diiringi oleh YDP PIBG En Sabri Hj Rabbani. Setelah selesai nyanyian Lagu Negeri Pahang dan Lagu Negaraku, masjlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdillah Bin Ghani bagi memohon kepada Allah SWT agar majlis sentiasa mendapat rahmat dan perlingdungan daripada Allah SWT. Seterusnya ucapan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, En Yasin Bin Maarof yang mengingatkan para guru agar terus berbakti kepada anak bangsa dan dalam masa yang sama jangan lupa kepada guru-guru yang pernah membimbing kita sehingga kita berada di tempat kita pada hari ini.

Majlis diteruskan juga pada sesi pertama ini dengan bacaan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang dibacakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran En. Zuraidi Abd Jalil. Antara initipati perutusan tersebut, KPPM berharap agar profesion ini dijadikan satu bentuk kejaya yang sangat penting untuk membentuk generasi akan datang yang bakal menempuh pelbagai cabaran yang begitu hebat lantaran kepesatan pembangunan yang berlaku sekarang ini. Majlis diteruskan plula dengan nyanyian lagu "Kami Guru Malaysia" yang disampaikan oleh semua warga pendidik SK Felda Purun dengan penuh bersemangat dan penghayatan yang amat tinggi. Kemudian Cikgu Ruslan Ajiz telah melafazkan "Ikrar Guru" dan diikuti oleh semua guru-guru SK Felda Purun dalam menyatakan kesungguhan dan komitmen kami untuk terus setia mendidik anak-anak warga Felda Purun ini. Majlis Rasmi ini ditangguhkan pada jam 9.00 pagi untuk acara sukaneka di padang sekolah.












Pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi, acara sukaneka diadakan melibatkan semua guru dan staf sokongan serta dimeriahkan lagi dengan kehadiran AJK PIBG yang turut sama menyertai acara yang telah disediakan. Guru-guru dan staf telah dibahagikan kepada rumah sukan masing-masing dan AJK PIBG akan menyertai mana-mana rumah sukan yang kekurangan ahlinya. Antara acara yang dijalankan adalah, baling tin, pecahkan belon, dan pancing botol.

 Berikut beberapa gambar yang sempat diambil semasa acara berjalan.













Pada jam 10.30 pagi, acara di dewan mengambil tempat. Pada sesi ini, acara persembahan guru lelaki, penyampaian hadiah hari jadi, cenderahati daripada PIBG, pertukaran hadian antara guru-guru dan staf, cabutan bertuah dan anugerah-anugerah khas yang telah diundi oleh murid-murid sebelum majlis ini.

Untuk tahun 2014 ini, Ustaz Abdilllah Ghani terpilih sebagai Guru Idolaku yang merupakan anugerah kemuncak pada hari guru tahun ini. Sesungguhnya komitmen dan kerjasama semua pihak sama ada guru, staf, dan pihak PIBG, telah menjadikan sambutan pada kali ini berjaya.

Terima kasih kepada pihak PIBG yang telah menyediakan jamuan tengahari untuk guru-guru dan staf. Jumpa lagi di tahun hadapan dengan tema yang lain pula. Semoga kebersamaan yang ditunjukkan oleh semua pihak dapat menjadikan SK Felda Purun ini bertambah maju dan cemerlang.


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan