Assalam....dan salam sejahtera.
Aktiviti memanaskan badan sebelum berlari |
Pada 24 hb Januari yang lalu, acara sukan pertama telah diadakan iaitu acara larian perdana ataupun nama sinonimnya merentas desa.
Program ini terpaksa dijadualkan awal kerana selang seminggu selepas itu, pertandingan peringkat daerah akan dijalankan.
Justeru itu, pihak sekolah tiada pilihan dengan mengadakan acara merentas desa lebih awal seiring dengan kejohanan peringkat daerah dan negeri yang akan berlangsung pada Februari ini.
Tuan pengurus melepaskan peserta untuk berlari |
Semangat sebelum memulakan larian |
Berebut-rebut mendahului peserta lain |
Chek Point pertama, masih kuat lagi berlari. |
Semangat yang patut dicontohi oleh salah seorang AJK PIBG yang turut berlari |
Tak larat dah tu nampaknya.. |
Apatah lagi mendaki bukit |
Anggota RELA siap sedia mengawal lalu lintas |
Turut bersdama anggota RELA wanita |
Antara peserta yang tiba awal |
Mengejar hadiah dan tempat mewakili sekolah |
Bersaing sesama sendiri |
Kawasan penamat larian |
Semetara pelajar Tahap 2 berlari, semua pelajar Tahap 1 dihimpukan di dalam dewan dengan disajikan tayangan filem |
Bertujuan memudahkan kawalan pelajar |
Gambar bersama anggota RELA dan sebahagian warga SK Purun sejurus pertandingan berakhir |
Majlis penutupan diadakan di dalam dewan |
Wakil pengurus En. Hasbullah diberi ruang untuk berucap dan sekaligus merasmikan majlis penutupan program tersebut. |
Hadiah disampaikan kepada pemenang pertandingan |
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dalam pengendalian acara merentas desa ini..
Kepada peserta yang berjaya mendapat hadiah, tahniah diucapkan. Semoga SK Purun juga boleh cemerlang dalam bidang sukan yang dianjurkan..
Sekian....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan