Pada 31 Disember lalu, pihak sekolah telah mengadakan program melibatkan penjaga hadir ke sekolah seperti kelaziman tahun-tahun sebelumnya.
Beberapa aturcara turut dijalankan pada hari tersebut seperti taklimat penjaga, orentasi pelajar, pengambilan buku teks, dan kutipan bayaran persekolahan.
Lokasi di kantin, penjaga membuat bayaran kepada guru kelas yang sedia menunggu.
Unit buku teks sibuk menguruskan agihan buku teks kepada penjaga Tahun 1 dan 4.
Di dalam dewan penjaga Tahun 1 diberi taklimat perjalanan persekolahan untuk tahun 2014 oleh beberapa guru dan pentadbir.
Manakala pelajar Tahun 1 dibawa meninjau kawasan sekeliling sekolah semasa sesi orentasi.
Keceriaan jelas terpancar di wajah anak-anak Tahun 1 dan raut wajah ibubapa begitu mengharapkan agar anak mereka mendapat didikan yang sempuna di sekolah ini. Manakala guru-guru meneruskan kesinambungan tugas mendidik dan mengurus seperti yang diamanahkan tanpa keluhan.
Sekian....
Sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan